Dalam suasana keakraban dan persahabatan, 16 pasukan dengan seramai 70 peserta dari 14 media tempatan menyertai Bowling BSN – Media bersempena BSN Media Meet 2024 – Bowl & Bond di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid.

Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puan Aizurra Mellisa Muzammil berkata, “ Aktiviti bersama media ini bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan BSN. Aktiviti bersama media ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 BSN.Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan waktu bersama kami hari ini,” ujarnya saat penyerahan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, pasukan TV9 menerusi pasukan muncul juara pada kejohanan tersebut dengan catatan 1239 jatuhan pin diikuti dengan pasukan BERNAMA dengan 1103 jatuhan pin.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading