
KUALA LUMPUR – Pembunuhan pejuang palestin Ismail Haniyeh disifatkan sebagai satu tregedi yang membuktikan konflik Palestin itu tidak mempunyai sempadan.
Penasihat Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar), Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan tersebut menjejaskan kestabilan dan keselamatan serantau dan mesti dikecam sekeras-kerasnya.
“Ia adalah satu tragedi sebenar bahawa tiada garis merah dalam konflik Palestin yang sedang berlaku, dan kehilangan nyawa, termasuk Ismail Haniyeh, hanya berfungsi untuk mengekalkan kitaran keganasan dan penderitaan.
“Semua pihak yang terlibat perlu menahan diri dan mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan diplomasi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menggesa semua negara untuk menggalakkan gencatan senjata dan berusaha ke arah mengurangkan ketegangan di Timur Tengah.
Masyarakat antarabangsa, tegas Nurul Izzah, perlu bersama-sama menyokong usaha untuk keamanan yang berkekalan yang menghormati hak dan aspirasi rakyat Palestin.
“Serangan berterusan Israel itu membuktikan bahawa rejim Zionis tidak menginginkan gencatan senjata seperti yang dituntut oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak akan mematuhi undang-undang dan peraturan antarabangsa.
“Serangan kurang ajar oleh Israel ini melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian aman berdasarkan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia akan terus diinjak-injak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari berkata rejim Israel telah mengambil jalan keluar untuk membunuh Pemimpin Hamas berikutan kegagalan mereka di Gaza.
“Kami menyatakan solidariti dan kebersamaan kami yang tidak berbelah bahagi terdap seluruh rakyat Palestin yang telah kehilangan pemimpin dan semua ahli keluarga mereka.
Pada April lepas, tiga anak lelaki Haniyeh dan tiga cucunya mati syahid dalam serangan udara Israel, dan 60 ahli keluarganya telah terbunuh dalam perang sejak 7 Oktober.
“Serangan berterusan Israel itu membuktikan bahawa rejim Zionis tidak menginginkan gencatan senjata seperti yang dituntut oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak akan mematuhi undang-undang dan peraturan antarabangsa.
“Serangan kurang ajar oleh Israel ini melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian aman berdasarkan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia akan terus diinjak-injak.”
Ops Ihsan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas dan menahan Israel untuk bertanggungjawab atas tindakan kejam ini dan perlu berusaha ke arah membawa keamanan kepada rakyat Palestin yang telah dinafikan secara konsisten sejak 75 tahun lalu.