KUALA LUMPUR – Seramai 100 peserta yang mengikuti program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL) dari pelbagai bidang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) kali Ke-4 tahun 2024 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras pada Ahad.
Institusi KLTVET, yang bernaung di bawah Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM), telah berjaya melaksanakan Program Peningkatan bagi Individu Dewasa Bekerja Tanpa Sijil untuk Mendapatkan Diploma Profesional melalui Program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL).
Majlis Konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Presiden European Education Board, Prof. Dr. Graham John Baldwin, Pengerusi KLTVET, Is. Mohamed Ridzuan Mohamed Zamry, dan Ahli Majlis MPPM, Prof. Log. Ts. Is. Dr Othman Ibrahim.
Pengerusi KLTVET, Is. Mohamed Ridzuan Mohamed Zamry berkata, jumlah itu menzahirkan komitmen KLTVET dalam memacu pemerkasaan TVET aras tinggi negara.
Katanya, pada masa sama seramai keseluruhan 400 graduan yang telah lengkap mengikuti pensijilan Program Pengiktirafan Pengalaman Kerjaya (RPEL) bertujuan memperkasakan individu dewasa yang telah bekerja tanpa sijil formal dengan memberikan pengiktirafan terhadap pengalaman dan kebolehan mereka, sekali gus meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka.

Pada Majlis Konvokesyen tersebut Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia turut menyampaikan Anugerah Pakar Industri (Industry Specialist) Kepada Is. Hj Mat Yusof Mat Chik sebagai Pakar Dalam Industri Perancang Kewangan.
Program ini diyakini akan dapat membantu meningkatkan peluang kerjaya dan mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat, menghargai kebolehan mereka dan memberikan pengiktirafan yang diperlukan.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengerusi GiatMARA, Datin Anne Ngasri. -KL Broadcast





