KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah di Concorde Kuala Lumpur pada Selasa.
Program iftar Jalinan Mesra itu turut dihadiri oleh editor media dan diserikan dengan tayangan eksklusif filem pendek bertajuk “Maaf”, yang diterbitkan oleh syarikat tersebut sempena sambutan Aidilfitri. Ia menampilkan Jalil Hamid sebagai teraju utama filem pendek itu.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah, bersama Ketua Pegawai Operasi (Strategi dan Pembangunan) Kumpulan Prasarana, Dr Prodyut Dutt, serta Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan.
Sebagai sebahagian daripada majlis tersebut, Kumpulan Prasarana turut menyampaikan sumbangan kit hari raya kepada kanak-kanak penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh beberapa pegawai kanan Kumpulan Prasarana, termasuk Mohd Azharuddin. -KL Broadcast