
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melihat kedudukan Pulau Batu Puteh yang kini berada di bawah kedaulatan Singapura.
Menurut Ahli Parlimen Pengerang itu, perkara tersebut dilakukan semalam selepas majlis pelancaran sebuah kolej vokasional di kawasannya.
“Saya tunjukkan kepada Perdana Menteri jarak antara Batu Puteh dan Middle Rocks (Batuan Tengah).
“Saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa ramai rakyat di kawasan saya meluahkan rasa kecewa apabila semakan semula terhadap kedaulatan Batu Puteh ditarik balik, sekali gus menyebabkan pulau itu kekal terlepas kepada kerajaan Singapura,” katanya.