KAJANG, SELANGOR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa pemegang Pas Lawatan Sosial tidak dibenarkan bekerja atau menjalankan perniagaan di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Malaysia Border Guard (MBG) di Maktab Penjara Malaysia, hari ini.

KDN menjelaskan bahawa pas lawatan sosial hanya untuk tujuan lawatan, dan sebarang aktiviti bekerja atau berniaga menggunakan pas tersebut adalah satu kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Kementerian turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan pas tersebut.

Dalam masa sama, KDN menegaskan Malaysia mengalu-alukan kehadiran pelancong asing, namun semua pelawat perlu mematuhi syarat dan undang-undang imigresen yang ditetapkan. -KL Broadcast