KUALA LUMPUR, 17 Jun 2026 — Restoran di cawangan IKEA Cheras (Cochrane) telah diarahkan tutup sementara selama 14 hari bermula 17 Jun hingga 1 Julai 2026 oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perintah penutupan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan. Penutupan hanya melibatkan kawasan restoran, manakala bahagian gedung perabot dan pasar raya IKEA Cheras (Cochrane) masih beroperasi seperti biasa.
Tinjauan di ruangan komen pada hantaran Facebook rasmi IKEA mendapati beberapa pengguna meluahkan kebimbangan serta dakwaan berkaitan isu kebersihan dan makanan yang didakwa tidak segar. Komen-komen tersebut turut menggesa pihak pengurusan mengambil tindakan segera dan memperbaiki tahap kebersihan serta kualiti makanan.
Sementara itu, pihak IKEA telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menjamin standard kebersihan yang tinggi untuk para pelanggan dan akan berusaha untuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan secaraberterusan. -KL Broadcast