KULIM – Kecurigaan penduduk terhadap gelagat sepasang remaja yang kerap dilihat keluar masuk tandas sebuah surau di Kampung Tok Rasul, Kilang Lama di sini membawa kepada penahanan mereka awal pagi tadi.

Pasangan berusia 18 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi selepas orang ramai membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan susulan tingkah laku mereka yang mencurigakn.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, tindakan itu dibuat selepas penduduk yang berniaga berhampiran surau berkenaan memaklumkan bahawa mereka beberapa kali melihat pasangan tersebut memasuki kawasan surau pada lewat malam, lapor MalaysiaGazette.

Menurut beliau, rasa curiga orang ramai mendorong mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui kedua-duanya berada di dalam tandas surau.

“Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu berada dalam keadaan tidak berpakaian lengkap sebelum perkara tersebut dimaklumkan kepada pengerusi surau dan pihak penguat kuasa agama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati remaja lelaki yang berasal dari Sungai Kob bekerja sebagai penjual nasi lemak dan mengaku masih bujang.

“Remaja perempuan berusia 15 tahun itu pula berasal dari Changlun dan tidak lagi bersekolah. Dia kini tinggal bersama ibu saudaranya di Sungai Ular. Kedua-duanya mengaku tidak mempunyai ikatan perkahwinan serta tiada hubungan mahram,” katanya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading