KUALA LUMPUR — Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang menyaksikan harga bahan api itu ditetapkan pada RM2.10 seliter bermula Julai ini.
Menurut beliau, langkah tersebut membuktikan keberkesanan dasar pengurusan kewangan berdisiplin serta inisiatif penjimatan yang diperkenalkan Kerajaan MADANI sejak awal Mei lalu, yang kini mula menunjukkan hasilnya.
Dalam kenyataan itu, beliau berkata walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis tenaga global, kerajaan kekal memberi keutamaan kepada kebajikan serta kesejahteraan rakyat.
Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik memainkan peranan penting dalam membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan, pengukuhan ekonomi serta usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Katanya lagi, Kerajaan MADANI sentiasa memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan dan penyelesaian masalah rakyat berbanding terlibat dalam retorik politik yang berpanjangan, yang disifatkan boleh mengalihkan perhatian daripada isu-isu utama negara.
Dr Taufiq berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri akan terus mempergiat usaha bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh, dan berharap langkah-langkah yang diambil dapat memberi manfaat kepada rakyat pada masa ini. -KL Broadcast


Leave a Reply