KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memuat naik hantaran berbaur sindiran di media sosial dengan membangkitkan semula dakwaan bahawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan membawa kepada pembebasannya.
Hantaran itu dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mendakwa PRN Johor diadakan bagi membuka jalan untuk membebaskan Najib.
Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Najib mempersoalkan sama ada dakwaan tersebut menjadi kenyataan selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
“Rasanya PH tak mungkin bohong pada rakyat Johor. Bahawa BN menang besar di Johor, Najib bebas.
“Jadi, Najib bebas hari ini tak? Sekitar pukul berapa?” tulisnya.
Perkongsian itu segera menarik perhatian pengguna media sosial apabila meraih lebih 18,000 tanda suka, kira-kira 1,300 komen dan lebih 600 perkongsian dalam tempoh sejam selepas dimuat naik.
Semakan di ruangan komen mendapati ramai pengguna memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran berkenaan, termasuk yang menganggapnya sebagai sindiran terhadap kenyataan terdahulu pihak lawan.
Seorang pengguna, John Labu, menyifatkan hantaran itu sebagai sindiran yang tepat.

“Baekkkkk punya sindir,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, Clement Thong, turut meninggalkan mesej sokongan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu dengan menulis, “Selamat kembali Najib. Masih yang terbaik.”


Leave a Reply