DALLAS – Kelibat Jalur Gemilang yang berkibar di Stadium AT&T ketika aksi separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Sepanyol mencuri perhatian rakyat Malaysia di media sosial.
Menerusi beberapa gambar yang tular, bendera Malaysia dilihat digantung di kawasan tempat duduk penyokong bersama beberapa bendera negara lain, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bangga apabila Jalur Gemilang turut menghiasi pentas bola sepak terbesar dunia, malah ada yang berseloroh mencari individu yang membawa bendera tersebut.
“Siapa orang Malaysia dekat stadium France lawan Spain ni? Tunjuklah diri sikit. Terima kasih sebab jadi wakil Malaysia di sana,” tulis seorang pengguna.
Perkongsian itu menerima ribuan tanda suka dan komen, dengan ramai netizen cuba meneka identiti penyokong terbabit serta berkongsi rasa bangga melihat Jalur Gemilang berkibar di hadapan puluhan ribu penonton.
Bagaimanapun, sehingga kini identiti individu yang membawa Jalur Gemilang ke stadium berkenaan masih belum diketahui.


Leave a Reply