KANGAR – Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, Jun lepas.

Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja berusia 14 tahun 10 bulan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Tiong, Taman Kangar di sini, pada 17 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan diperintah supaya tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading