PORT DICKSON – Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Tanjung, Islah Wahyudi mendakwa enam individu dipercayai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengedarkan risalah kempen di dalam kawasan Masjid Kariah Kampung Paya selepas solat Jumaat semalam.

Menurut beliau, tindakan tersebut disifatkan tidak wajar kerana masjid merupakan rumah ibadat yang perlu dipelihara kesucian dan kehormatannya daripada sebarang aktiviti berunsur politik.

“Masjid tidak sepatutnya dijadikan lokasi untuk berkempen, mengedarkan bahan politik atau mendapatkan sokongan mana-mana parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Islah menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengeluarkan kenyataan yang jelas dan tegas berhubung larangan menjalankan aktiviti kempen politik di dalam premis masjid bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Beliau turut menyeru semua calon serta parti yang bertanding supaya menghormati kesucian rumah ibadat dan menjalankan kempen di lokasi yang bersesuaian.

“Berpolitiklah secara matang dan beradab. Jangan cemarkan kesucian masjid semata-mata untuk meraih undi,” katanya.

Setakat ini, belum ada kenyataan balas daripada pihak yang didakwa atau JHEAINS berhubung dakwaan tersebut.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading