KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai kepulangan Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang menjadi tular di media sosial selepas seorang pengguna Threads dari Indonesia mempersoalkan mengapa perlumbaan berprestij itu tidak dianjurkan di Litar Mandalika.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna terbabit bertanya apakah faktor yang membolehkan Sepang kembali dipilih sebagai lokasi perlumbaan F1, selain mempersoalkan mengapa Mandalika tidak menjadi pilihan sebagai tuan rumah.

Hantaran itu kemudian menarik perhatian ramai apabila ruangan komen dipenuhi pelbagai pandangan daripada pengguna media sosial di Malaysia dan Indonesia yang membincangkan kelebihan kedua-dua litar.

Seorang pengguna menjelaskan Sepang bukanlah litar baharu dalam kalendar Formula Satu kerana pernah menganjurkan perlumbaan tersebut selama bertahun-tahun dan memiliki kemudahan yang memenuhi piawaian tertinggi FIA.

Menurutnya, Malaysia sebelum ini menghentikan penganjuran F1 disebabkan kos lesen yang tinggi serta pulangan yang semakin berkurangan, bukannya kerana faktor kemudahan litar.

Dalam masa sama, terdapat juga pengguna yang berpandangan lokasi Sepang memberikan kelebihan dari aspek logistik kerana lebih dekat dengan hab penerbangan dan negara jiran berbanding Mandalika.

Seorang lagi pengguna menjelaskan Litar Mandalika ketika ini tidak memiliki pensijilan FIA Gred 1 yang diwajibkan bagi penganjuran perlumbaan Formula Satu, sekali gus menjadi antara faktor utama ia tidak boleh dijadikan venue F1.

Terdahulu, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah gantian kepada Grand Prix Bahrain bagi musim Formula Satu 2026.

Perlumbaan berkenaan dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober depan dan dijangka mengembalikan semula kemeriahan Formula Satu ke negara ini selepas beberapa tahun menyepi.

Screenshot
Screenshot

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading