SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menarik balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang dianugerahkan kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Pendaftar Darjah, Datuk Mohd Zafir Ibrahim menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan serta kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Mengikut titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang diterima pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang dikurniakan pada 1979 kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Mohd Rais kini merupakan Pengerusi Parti Wawasan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 12 Julai 1978 hingga 29 April 1982.Mohd Rais kini merupakan Pengerusi Parti Wawasan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 12 Julai 1978 hingga 29 April 1982.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading