DUNGUN – Seorang peserta program RXZ Members 8.0 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 354, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kuala Dungun, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Bakhtiar Mazlan, 22, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar universiti swasta sedang dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Parit Raja, Batu Pahat, Johor selepas menghadiri program RXZ Members 8.0.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda Vario yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading