KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, prosiding itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, pertuduhan yang akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Bera itu berkaitan isu pengisytiharan harta yang sedang disiasat oleh SPRM.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan pengisytiharan harta.

Dalam perkembangan sama, SPRM sebelum ini mengumumkan rampasan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta penyitaan 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Rampasan itu dilakukan menerusi serbuan di beberapa premis yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’ susulan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Sementara itu, peguam yang mewakili Ismail Sabri, Ragunath Kesavan ketika dihubungi Bernama mengesahkan anak guamnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Sumber berita: Bernama

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading