KUALA LUMPUR – Program Integrity Fun Walk 2026 berlangsung meriah pada Ahad sempena Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) Edisi 16 Ogos 2026.

Program anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) itu disempurnakan dengan pelepasan peserta oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Haji Shamsul Azri Abu Bakar, bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim.

Selain menggalakkan gaya hidup sihat, program berkenaan turut menjadi platform untuk menyemai budaya integriti dalam kalangan masyarakat menerusi aktiviti riadah, kekeluargaan dan interaksi komuniti.

Menariknya, KLCFM kali ini memperkenalkan laluan simulasi sejauh 10 kilometer, berbanding tujuh kilometer sebelum ini, sekali gus memberikan pengalaman dan cabaran baharu kepada warga kota yang menyertai aktiviti berjalan kaki dan beriadah di sekitar Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.