PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kembali menjalankan tugas hari ini selepas bercuti pada minggu lalu.
Beliau memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026 yang menghimpunkan pegawai kanan serta komander pintu masuk AKPS.
Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada perancangan Gerak Atur 2027, khususnya usaha memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara.
Perbincangan itu turut menjadi ruang untuk menyelaras keutamaan gerak kerja organisasi agar setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang lebih tersusun dan berkesan di lapangan.
Antara perkara yang terus diberi perhatian ialah peningkatan kecekapan pengoperasian, pemantapan integriti serta memastikan keselamatan di semua pintu masuk negara sentiasa terpelihara.
AKPS menegaskan komitmennya untuk meneruskan agenda pengukuhan organisasi dan memastikan kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi cabaran kawalan sempadan pada tahun 2027.


Leave a Reply