SEREMBAN – Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Selasa menyaksikan persoalan mengenai peruntukan RM180,000 kepada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dibangkitkan.

Peruntukan itu menjadi perhatian selepas didakwa diluluskan hanya sehari sebelum DUN dibubarkan.

Datuk Saiful Yazan Sulaiman (Johol-BN) mempersoalkan kewajaran keputusan tersebut dan menyifatkan masa kelulusan peruntukan itu menimbulkan persoalan, termasuk kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan persiapan pilihan raya.

Beliau berkata, sebarang kelulusan kewangan yang dibuat menjelang pembubaran DUN perlu disokong dengan alasan yang jelas serta mematuhi tatakelola kewangan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Saiful Yazan menggesa kerajaan negeri menjalankan semakan menyeluruh bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, penelitian perlu merangkumi tarikh kelulusan, pihak yang menerima peruntukan, tujuan penggunaannya, proses pembayaran serta pematuhan terhadap prosedur kewangan.

Katanya, sekiranya tiada sebarang pelanggaran, kerajaan negeri wajar mengemukakan fakta dan penjelasan secara terbuka kepada rakyat.

Namun, jika hasil semakan mendapati terdapat kelemahan atau unsur penyelewengan, beliau mahu perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading