WASHINGTON – Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat (AS), Dan Driscoll mengemukakan peletakan jawatan kepada Presiden Donald Trump selepas berbulan-bulan berdepan ketegangan dengan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, lapor Xinhua memetik The Wall Street Journal pada Isnin.

Driscoll yang tidak sependapat dengan Hegseth mengenai hala tuju Tentera Darat serta penyingkiran sejumlah pegawai kanan dijangka meninggalkan Pentagon “dalam beberapa hari akan datang,” menurut laporan itu.

Sejak memegang jawatan, Hegseth menyelia penyingkiran beberapa pemimpin kanan tentera dan pegawai awam di Jabatan Pertahanan.

Pada April, Hegseth meminta Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Randy George, pegawai paling kanan dalam Tentera Darat AS berundur dan bersara serta-merta tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Trump masih belum menamakan pengganti George.

Jeneral Christopher LaNeve, bekas pembantu kanan tentera Hegseth, berkhidmat sebagai pemangku Ketua Turus Tentera Darat sejak Hegseth memecat penyandang sebelumnya.

— BERNAMA-XINHUA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading