TEHRAN – Sebuah kapal tangki diserang ketika keluar dari Selat Hormuz, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

UKMTO berkata kapal itu terkena tiga ‘projektil tidak dikenal pasti’ ketika dalam perjalanan keluar dari selat berkenaan, kira-kira 30 kilometer ke timur bandar Khasab, Oman. Tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Kes itu berlaku selepas Iran dan Amerika Syarikat (AS) saling melancarkan serangan pada malam sebelumnya buat kali pertama sejak akhir Julai.

Tentera AS berkata pihaknya menyerang unit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang sedang membuat persediaan untuk memasang periuk api di Selat Hormuz.

Iran kemudian melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Jordan, namun dipintas, menurut pihak berkuasa Jordan.

–Bernama

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading