KUALA LUMPUR — Ribuan penduduk sekitar Lembah Pantai mengambil kesempatan mendapatkan pelbagai perkhidmatan, bantuan dan aktiviti yang ditawarkan menerusi Program Madani Kita Bersama Komuniti Lembah Pantai.

Program berkenaan menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai peringkat usia selain melibatkan penyertaan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan dalam usaha membawa perkhidmatan awam lebih dekat kepada komuniti setempat.

Dalam program itu, beberapa bentuk sumbangan turut disampaikan kepada golongan yang memerlukan, termasuk Bakul Rahmah serta bantuan kepada masjid-masjid terpilih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, turut hadir menyantuni masyarakat dengan mengadakan walkabout ke reruai jabatan dan agensi yang terlibat.

Beliau turut beramah mesra dengan penduduk sebelum menyempurnakan majlis perasmian Program Madani Kita Bersama.

Penganjuran program itu menjadi salah satu usaha kerajaan untuk terus mendekati masyarakat, memahami keperluan rakyat serta memastikan penyampaian perkhidmatan dan manfaat kerajaan dapat dilaksanakan secara lebih dekat dan menyeluruh.

Gambar: Jakim

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading