KUALA LUMPUR — Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) mengingatkan masyarakat supaya tidak menafikan risiko keselamatan yang boleh ditimbulkan anjing, khususnya susulan kejadian serangan anjing liar terhadap manusia.

Menerusi satu hantaran di media sosial, persatuan itu mengetengahkan istilah “Dog Lover Denial Syndrome” bagi menggambarkan sikap segelintir pencinta anjing yang mempertahankan atau menafikan sifat agresif haiwan berkenaan selepas berlaku serangan.

Menurut persatuan itu, sikap tersebut tidak seharusnya mengatasi realiti dan bukti bahawa anjing tertentu boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat.

Persatuan itu turut menegaskan keselamatan manusia dan kebajikan haiwan perlu diuruskan secara bertanggungjawab berdasarkan fakta serta tingkah laku haiwan yang terlibat.

Dalam hantaran sama, persatuan berkenaan turut menyentuh kecenderungan sesetengah pihak memutarbelitkan fakta demi melindungi anjing yang terlibat daripada tindakan undang-undang atau pelupusan atas faktor tingkah laku.

Persatuan Haiwan Malaysia menegaskan kedua-dua aspek, iaitu keselamatan manusia dan kebajikan haiwan, perlu diberi perhatian serta diuruskan secara bertanggungjawab. -KL Broadcast

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.