KUALA LUMPUR – Dapatan daripada jawatankuasa kerja khusus yang ditubuhkan kerajaan bagi menangani jenayah scam akan dibawa ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa itu buat pertama kalinya menghimpunkan bank komersial, syarikat telekomunikasi dan platform digital dalam satu kerangka kerjasama bagi memperkukuh usaha menangani jenayah scam.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan telah diadakan bagi meneliti kelompangan undang-undang serta memperkukuh kerjasama antara agensi yang terlibat dalam siasatan jenayah berkenaan.

Jawatankuasa itu turut melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta platform digital termasuk TikTok.

Fahmi berkata, beberapa keputusan hasil perbincangan akan dimaklumkan selepas laporan jawatankuasa itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan M360 ASEAN 2026 di Kuala Kumpur

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading