IPOH – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan memperketat aspek keselamatan doktor dan petugas kesihatan yang menjalankan tugasan berisiko, susulan nahas helikopter di Sarawak yang mengorbankan lima nyawa.

Presidennya, Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, keselamatan pesawat yang digunakan untuk misi kesihatan perlu dipastikan berada pada tahap terbaik bagi menjamin keselamatan petugas.

Tragedi itu turut mengorbankan empat petugas kesihatan iaitu Dr Ainul Baraah Kamaruddin, Alexson Adit Henry, Debra Moset dan Jessie Paya Jok serta juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham.

Katanya, Dr Ainul yang juga ahli MMA menyebabkan tragedi itu amat dirasai warga perubatan.

“MMA mendesak kerajaan memastikan keselamatan doktor dan petugas kesihatan yang menjalankan tugasan seperti ini sentiasa diutamakan,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Kebangsaan MMA dan Kongres Saintifik 2026 di sini hari ini.

MMA turut menggesa perlindungan insurans diwajibkan kepada petugas kesihatan, selain mempertimbangkan pampasan kepada keluarga mangsa.

Dalam pada itu, Dr Thirunavukarasu berkata kadar elaun RM30 bagi khidmat petugas kesihatan perlu dikaji semula dan tidak seharusnya hanya diberi perhatian selepas berlaku tragedi.

Beliau turut menggesa siasatan menyeluruh serta audit keselamatan terhadap pesawat, ambulans, bot dan perkhidmatan pengangkutan lain, termasuk memastikan petugas menerima latihan sewajarnya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading