MIRI – Bedah siasat terhadap lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara di Long Lellang, Ulu Baram, selesai dijalankan semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, proses bedah siasat selesai pada kira-kira pukul 7.30 malam.
Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan akibat kebakaran parah atau severe burn injury susulan nahas helikopter berkenaan.
Sementara itu, keputusan ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mangsa masih ditunggu.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, keputusan berkenaan dijangka mungkin diperoleh lewat petang ini, bergantung kepada proses analisis oleh Jabatan Kimia.
Keputusan DNA itu penting bagi proses pengesahan identiti sebelum urusan pengurusan dan penghantaran jenazah kepada keluarga dapat dilaksanakan.


Leave a Reply