KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun ditahan selepas disyaki mencalarkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan yang diparkir berhampiran The Exchange TRX.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, polis menerima 11 laporan berkaitan kejadian itu, termasuk tiga daripada pihak pengurusan TRX.
Antara kenderaan terjejas ialah sebuah Zeekr 7X yang mengalami kesan calar pada bonet, dengan kerugian dianggarkan RM3,000.
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan objek tumpul untuk mencalarkan kenderaan.
Suspek yang turut disyaki gelandangan itu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Lelaki berkenaan juga akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan mental.


Leave a Reply