KUALA LUMPUR – Atlet Australia, Joanna Wietrzyk, tampil memohon maaf kepada peserta lain, penonton dan penganjur HYROX susulan insiden ketika perlumbaan di Beijing, China, Sabtu lalu.

Wietrzyk sebelum ini menjadi perhatian selepas mengalami masalah kawalan buang air besar ketika perlumbaan, namun meneruskan saingan sehingga tamat dan muncul pemenang.

Dalam kenyataan di media sosial, atlet itu berkata beliau berasa sihat dan cergas ketika perlumbaan bermula serta tidak menjangka sebarang masalah kesihatan akan berlaku.

Bagaimanapun, beliau mengakui kesal kerana tidak mengambil keputusan untuk meninggalkan trek selepas insiden berkenaan.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan untuk meneruskan perlumbaan dan amat kesal dengan ketidakselesaan serta gangguan yang berlaku,” katanya.

Wietrzyk turut mengakui tindakannya memberi kesan kepada pihak lain dan berkata pengalaman itu menjadi pengajaran bahawa terdapat perkara lebih penting dalam kehidupan selain perlumbaan.

Susulan kejadian itu, beliau memutuskan untuk menarik diri secara retrospektif daripada perlumbaan tersebut serta melucutkan mata yang diperolehnya. 

Sebelum ini, HYROX turut memohon maaf kerana membenarkan Wietrzyk meneruskan perlumbaan dan mengumumkan perubahan prosedur serta peraturan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Wietrzyk berkata beliau kini akan mengambil masa untuk pulih, membuat refleksi dan memberi tumpuan kepada diri sendiri serta keluarganya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading