KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan membenarkan baki hukuman penjaranya dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung di Istana Negara hari ini. 

Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), pengampunan bersyarat berkenaan tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap semua syarat yang ditetapkan.

Sekiranya mana-mana syarat dilanggar, pengampunan tersebut akan terbatal dan Najib perlu meneruskan baki hukuman di penjara. 

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes SRC International melibatkan dana RM42 juta.

Pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan sebelum ini memutuskan hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. 

Keputusan terbaharu itu menyusul selepas permohonan pengampunan Najib ditangguhkan untuk pertimbangan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan seterusnya.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading