KUALA LUMPUR – DAP dijangka mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok bagi membincangkan perkembangan terbaharu berkaitan kedudukan parti dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Memetik laporan MalaysiaGazette, mesyuarat itu dijadual berlangsung di ibu pejabat DAP pada jam 3 petang dan dikatakan berkait dengan keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Sumber tertinggi parti mendakwa pertemuan itu bakal menjadi platform untuk pimpinan DAP membincangkan pendirian parti susulan perkembangan berkenaan.

“Mesyuarat tergempar akan diadakan esok jam 3 petang. Selepas itu, keputusan berhubung kedudukan DAP dalam kerajaan dijangka diumumkan,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

Menurut sumber sama, sebahagian pimpinan DAP didakwa melahirkan rasa kecewa terhadap perkembangan berkaitan Najib yang disifatkan tidak selari dengan prinsip yang selama ini dipegang parti.

Isu pendirian DAP terhadap Najib turut didakwa pernah dibangkitkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk kebimbangan mengenai kemungkinan perubahan terhadap status hukuman bekas Perdana Menteri itu.

“Dari awal lagi, termasuk ketika PRN Johor, DAP sudah bercakap mengenai perkara ini. Apa yang dibimbangkan ketika itu hari ini menjadi kenyataan,” kata sumber berkenaan.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading