KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendirian untuk terus menyokong pendirian Perdana Menteri serta nasihat Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan kepada Lembaga Pengampunan pada 18 September.

Dalam kenyataan media hari ini, Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berada di atas undang-undang dan setiap individu yang disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman berdasarkan lunas undang-undang serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, PH juga beriltizam meneruskan usaha membanteras rasuah, memperkukuh agenda Reformasi serta membersihkan negara daripada unsur rasuah dan penyelewengan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan bertarikh 18 September 2026.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading