KUALA LUMPUR – Bekas isteri Fikry Ibrahim, Khalizah Alihan, memilih untuk menerima perpisahan mereka dengan hati terbuka selepas pelakon itu mengesahkan bahawa hubungan rumah tangga mereka telah berakhir lebih enam bulan lalu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Khalizah berkata dia mahu meneruskan kehidupan tanpa menyimpan dendam, sebaliknya menyerahkan segala yang berlaku kepada ketentuan Allah.

Katanya, meskipun masih belum memahami sepenuhnya sebab yang membawa kepada pengakhiran rumah tangga mereka, dia percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Satu babak yang panjang akhirnya telah berakhir,” katanya.

Khalizah turut memohon agar segala kekurangan dan kesilapan sepanjang mereka bersama diampunkan, selain berharap setiap luka dapat disembuhkan dan kehilangan yang dilalui digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Dalam luahan sama, dia tidak melupakan kenangan bersama Fikry dan mengakui lelaki itu pernah menjadi insan yang disayanginya serta pernah memainkan peranan sebagai suami dalam kehidupannya.

“Terima kasih kerana pernah menjadi insan yang saya cintai dan kerana pernah menjadi suami saya, sebahagian daripada satu bab yang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya dan tidak akan pernah dilupakan,” katanya.

Khalizah turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang tidak putus memberikan sokongan kepadanya sepanjang melalui fasa tersebut.

Bagi menutup lembaran berkenaan, dia memilih untuk melepaskan segala yang berlaku dengan tiga perkara iaitu kemaafan, penerimaan dan doa.

“Dan dengan itu, saya tinggalkan bab ini dengan kemaafan, penerimaan dan doa,” katanya.

Dia kemudian menzahirkan rasa syukur terhadap perjalanan yang pernah dilalui serta memilih untuk menyerahkan apa yang bakal berlaku kepada ketentuan Allah.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading