KUALA PILAH – Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan, malam tadi.
Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).
Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden buli, namun perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa selain menggesa tindakan tegas dan segera diambil sekiranya dakwaan berkenaan disahkan.
Beliau berkata kejadian buli yang sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa amat menyedihkan dan tidak seharusnya dikompromi.
Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban bagi menjalani proses bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes itu dalam masa terdekat.


Leave a Reply