KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang disifatkan sebagai seorang ibu penuh kelembutan dan kasih sayang.

Anwar berkata, beliau dan Wan Azizah turut berkongsi hubungan persahabatan yang rapat dengan Allahyarhamah sejak bertahun-tahun lalu.

Menurutnya, pemergian Siti Hasmah sukar diterima, terutama apabila pelbagai kenangan indah bersama Allahyarhamah kembali bermain dalam ingatan.

Beliau berkata, jasa dan sumbangan Allahyarhamah akan terus dikenang negara, khususnya sifat penyayang yang membuatkan setiap insan di sekelilingnya berasa dekat serta dihargai.

Anwar dan Wan Azizah turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kekuatan, kesihatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Mereka juga memohon agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima amal bakti yang dicurahkan sepanjang hayatnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Terima kasih juga Kak Hasmah atas setiap budimu kepada kami, dan pastinya doa serta ingatan kami mengiringi pemergianmu,” katanya. 

Al-Fatihah.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading