KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI akan terus meneliti cabaran yang dihadapi perusahaan kecil, khususnya berkaitan tekanan kos perolehan dan operasi susulan krisis bekalan global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan dalam sesi libat urus Belanjawan 2027 bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera.
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata pelbagai pandangan dan cadangan yang dikemukakan, termasuk berkaitan tekanan kos, akses kepada peluang serta usaha meningkatkan daya saing perusahaan, telah diambil maklum untuk diteliti dalam penyediaan Belanjawan 2027.
Menurut Anwar, kerajaan akan memastikan Belanjawan 2027 dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas supaya rakyat serta perusahaan mampu memperkukuh keupayaan masing-masing.
Katanya, usaha itu turut bertujuan membantu perusahaan membina kemampuan yang lebih kukuh selain mengangkat maruah anak watan.


Leave a Reply