KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud meneruskan sesi turun padang dengan meninjau lima kolam takungan banjir di sekitar ibu negara sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.
Tinjauan itu melibatkan Kolam Takungan Bawah Tanah (OSD) Segambut Bahagia, OSD SPPK Segambut, Kolam Takungan Intan Baiduri, Kolam Air Leleh, Setapak serta Kolam PULAPOL, Jalan Semarak (Underground Storage) JPSKL.
Sesi berkenaan memberi tumpuan kepada keadaan, kapasiti dan penyelenggaraan kolam bagi memastikan kemudahan terbabit dapat berfungsi secara optimum ketika hujan lebat.
Di Kolam PULAPOL, Jalan Semarak, Fadlun turut menerima taklimat daripada JPSKL mengenai kemudahan Underground Storage yang mempunyai kapasiti 109,000 meter padu.
Antara kemudahan lain yang ditinjau ialah Kolam Takungan Intan Baiduri berkapasiti 1,020,002.2 meter padu dan berkeluasan 41.14 hektar serta Kolam Air Leleh, Setapak yang mempunyai kapasiti 101,915 meter padu dengan keluasan 6.82 hektar.
Dalam usaha menangani lokasi hotspot banjir, DBKL turut melaksanakan beberapa langkah segera termasuk pemantauan menerusi sistem CCTV serta kerja pembersihan sistem saliran dan paip pembetung.
Langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan aliran air kekal lancar serta mengurangkan risiko banjir ketika menghadapi Monsun Timur Laut.


Leave a Reply