KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan keberangkatan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa ke Malaysia sempena Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Sepang.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Bahrain dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) atas sokongan yang membolehkan perlumbaan F1 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang buat kali pertama sejak 2017.

Menurut beliau, kerjasama Bahrain International Circuit, Sepang International Circuit dan Kementerian Belia dan Sukan sejak Julai lalu turut membolehkan persiapan perlumbaan diselesaikan dalam tempoh singkat.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Bahrain, termasuk mempercepat rundingan pegawai kanan bagi menggerakkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi serta memperkukuh agenda dua hala.

Anwar berkata Malaysia dan Bahrain turut berhasrat memperluas kerjasama dalam sektor kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan pembuatan pintar.

Beliau berkata Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Bahrain, manakala syarikat Malaysia berpeluang menjadikan Bahrain sebagai pintu masuk ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Anwar turut berharap delegasi Bahrain, pasukan serta pelumba F1 dan para pengunjung dapat menikmati hujung minggu perlumbaan yang lancar.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading