SEPANG -Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen meneruskan sentuhan magisnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila meraih kemenangan sulung musim ini selepas menjuarai Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 di Malaysia.
Kejayaan itu menyaksikan juara dunia empat kali berkenaan kembali mengukir kemenangan di SIC, sembilan tahun selepas menjuarai GP Malaysia terakhir pada 2017, dalam perlumbaan penuh dramatik yang tertangguh akibat hujan lebat.
Pendahulu kejuaraan Kimi Antonelli dari Mercedes-AMG Petronas menamatkan perlumbaan di tempat kedua, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam carta keseluruhan selepas rakan sepasukannya George Russell terpaksa menarik diri pada penghujung perlumbaan ketika berada di kedudukan ketiga.
Situasi itu membuka ruang kepada juara dunia tujuh kali dari Ferrari, Lewis Hamilton, untuk meraih podium ketiga selepas bermula di petak kedua, manakala rakan sepasukannya Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat keempat di depan rakan sepasukan Verstappen, Isack Hadjar, yang menduduki tempat kelima.
Perlumbaan yang dijadual bermula pada 3 petang terpaksa ditangguhkan selama 93 minit susulan hujan lebat dan takungan air di permukaan litar.
—
📸
#
Bernama


Leave a Reply