KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan dakwaan yang mendakwa pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diheret dari surau ke dewan sekolah sebelum ditemukan maut di Yong Peng, kelmarin, adalah tidak benar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, turut menolak dakwaan kononnya terdapat cermin pecah di surau yang mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

Beliau berkata, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya ketika siasatan masih dijalankan.

“Semua dakwaan itu tidak benar. Saya minta semua pihak supaya berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu.

“Kita bercakap mengenai seorang anak yang telah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berdepan kehilangan dan beberapa murid bawah umur yang kini melalui proses siasatan.

“Janganlah kita menambah kesedihan mereka dengan menyebarkan spekulasi,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading