PUTRAJAYA – Myanmar bersedia menerima penghantaran pulang rakyatnya dari Malaysia dalam jumlah besar, termasuk antara 3,000 hingga 4,000 individu yang kini ditempatkan di depoh Imigresen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kos penghantaran pulang itu akan ditanggung oleh pihak Myanmar sendiri.
Menurutnya, setakat ini, seramai 10,493 warga Myanmar telah dihantar pulang menggunakan penerbangan serta kapal tentera laut.
Beliau berkata, Myanmar turut bersedia menerima rakyatnya yang masih berada di Malaysia, namun proses berkenaan tertakluk kepada semakan identiti, rekod serta peraturan dan prosedur ditetapkan.
Anwar berkata, kesediaan Myanmar menanggung kos penghantaran pulang rakyatnya dalam jumlah besar merupakan perkara yang jarang dilakukan oleh negara lain berdasarkan pengalamannya.
Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri Malaysia akan berbincang dengan pihak berkuasa Myanmar berhubung individu yang masih berada di negara ini.
“Proses pengesahan identiti serta semakan rekod jenayah perlu dilakukan terlebih dahulu mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya pada sidang media bersama Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing, sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia.


Leave a Reply