KOTA BHARU – Suspek yang disyaki menikam isterinya, seorang jururawat berusia 44 tahun, sebanyak enam kali di Kampung Padang Lepai, Kadok, di sini, pada Isnin lepas memiliki empat rekod jenayah lampau termasuk tiga berkaitan kesalahan narkotik.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata satu lagi rekod suspek berumur 47 tahun itu ialah berkaitan kesalahan jenayah lain.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pertikaian berkaitan perceraian dipercayai menjadi punca suspek bertindak agresif terhadap isterinya.

“Berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa yang diambil selepas laporan polis dibuat, suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan isterinya untuk memfailkan perceraian.

“Perkara itu dipercayai menyebabkan suspek bertindak agresif sebelum menikam mangsa berulang kali, termasuk pada bahagian badan dan leher sebanyak enam kali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

— LAGI

POLIS-TIKAM 2 (AKHIR) KOTA BHARU

Mohd Yusoff berkata mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata suspek yang menyerah diri kepada polis selepas kejadian, direman selama tujuh hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading