JAKARTA – Asap akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan merebak hingga ke Jakarta, mendorong agensi meteorologi Indonesia menasihatkan penduduk supaya mengehadkan aktiviti luar, kata seorang pegawai pada Jumaat, lapor Xinhua.

Imej satelit menunjukkan asap merebak merentasi Kalimantan dan Sumatera, serta sampai ke Banten, Jawa Barat dan Jakarta, menurut Guswanto, seorang pegawai kanan agensi berkenaan, yang mengingatkan bahawa masih belum dapat dipastikan sama ada asap itu menjejaskan kualiti udara di permukaan bumi.

Sehingga tengah hari Jumaat, kepekatan zarah halus PM2.5 di daerah Kemayoran, Jakarta, mencecah 67.5 mikrogram bagi setiap meter padu, iaitu paras yang dikategorikan sebagai tidak sihat oleh agensi itu.

Guswanto menasihatkan penduduk agar mengelakkan aktiviti senaman di luar rumah dan memakai pelitup muka. Beliau turut menjelaskan bahawa risiko sebenar terhadap kesihatan bergantung pada pengukuran kualiti udara, bukannya imej satelit semata-mata.

Kebakaran hutan bermusim yang diburukkan lagi tahun ini oleh keadaan kering berkaitan fenomena El Nino yang kuat berulang kali menyebabkan jerebu tebal melanda Indonesia dan negara jiran.

— BERNAMA-XINHUA

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading