KUALA LUMPUR – Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan di sebuah tempat tertutup di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Beliau menjelaskan bahawa pertemuan itu bermula di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum mereka mengambil keputusan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi meneliti bahan berkaitan projek yang sedang dibincangkan.

Menurutnya, ketika pegawai JAIS tiba di lokasi, hanya beliau dan seorang wanita berada di situ. Beliau mengakui tindakan tersebut sebagai satu kesilapan, namun menegaskan mereka tidak melakukan sebarang perbuatan sumbang.

Nik Nazmi turut memohon maaf kepada isteri, keluarga serta semua pihak yang terkesan dengan kejadian itu. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepanjang proses perundangan.

Selain itu, beliau memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana insiden berkenaan mengecewakan ahli dan penyokong serta memberi kesan kepada parti. Beliau turut menyatakan kesediaan menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti.

Beliau berharap semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan isu tersebut melalui perbincangan di media.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading