KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkaitan memberi perhatian serius terhadap aduan kesesakan penumpang di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang didakwa semakin kerap berlaku sehingga menjejaskan perjalanan harian pengguna.
Arahan itu dibuat susulan aduan seorang pengguna Threads, yang memohon supaya kekerapan perkhidmatan tren ditingkatkan berikutan keadaan gerabak yang terlalu penuh setiap hari.
Menerusi maklum balas di platform berkenaan, Anwar memohon Rapid KL, Kementerian Pengangkutan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke supaya meneliti masalah itu serta mencari penyelesaian dengan segera.
Beliau turut menegaskan bahawa gangguan dan kesesakan berulang seperti itu memberi kesan kepada rutin harian ramai rakyat, justeru pihak bertanggungjawab perlu lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya.
Aduan berkenaan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dengan perkongsian asal mencatatkan lebih 508,000 tontonan.


Leave a Reply