White House telah mengisytiharkan perintah darurat untuk daerah Erie dan Genesee di New York susulan situasi kecemasan akibat ribut salji yang dahsyat di negeri itu. arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

Selepas berbincang dengan Gabenor New York Kathy Hochul, Biden telah bersetuju “memberikan kelulusan segera” untuk isytihar darurat serta memberikan sokongan penuh kepada negeri itu ketika ia bergelut dengan bencana ribut salji.

Selain itu, beliau juga mengarahkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk menyelaraskan usaha untuk menyalurkan bantuan.

Untuk rekod, seramai 27 orang terkorban di Buffalo dan puluhan ribu penduduk terpaksa menahan sejuk tanpa bekalan elektrik.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading