Usai selesai Pilihanraya Umum ke 15, Rakyat khususnya masyarakat melayu tertumpu pula pada pemilihan UMNO parti melayu terbesar dalam negara ini.

Walaupun cuma memenangi 26 kerusi parlimen pada pru yang lalu, parti UMNO terus di lihat parti yang berjaya kerana mampu menjadi sebahagian dari kerajaan campuran dan presiden UMNO Datuk Zahid Hamidi berjaya menjawat jawatan timbalan perdana menteri.

Sebelum ini terdapat suara dari penyokong Zahid supaya jawatan presiden parti itu tidak dipertandingkan namun sumber dalaman UMNO menyatakan perkara itu tidak pernah dibawa atau dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Sebagai seorang presiden yang menerajui parti yang kalah selepas pru ke 14, kemudian berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan selepas 22 bulan memerintah seterusnya bergabung pula dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan , Zahid Hamidi di anggap wira dan pahlawan di kalangan akar umbi UMNO.

Mereka menyatakan presiden UMNO itu tidak gentar untuk mencabar sesiapa yang ingin merebut jawatan tersebut kerana akar akan tetap memberi undi pada Zahid selepas beliau juga berjaya menyelamatkan UMNO dari di haramkan selepas pru ke 14.