
Terengganu: Akibat banjir yang berlaku di negeri ini pada 18 Disember yang lalu, 6 klinik desa masih lagi ditutup berikutan kerosakan yang di alami sangat teruk.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Kasemani Embong lima Klinik Desa (KD) di Besut dan satu di Dungun, yang perlu dibaik pulih terlebih dahulu sebelum di buka kembali kepada orang ramai.
Klinik yang terlibat ialah KD Alor Keladi, KD Tembila, KD FELDA Tenang, KD Alor Lintah dan KD Bukit Payung yang terletak di Besut , manakala KD Kuala Jengal. pula di Dungun.
Tambah beliau lagi, operasi klinik berkenaan dipindahkan ke fasiliti berdekatan bagi memastikan orang ramai dapat menerima perkhidmatan serta rawatan seperti biasa.
Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan makan dan minum daripada sumber yang tidak dimasak bagi mencegah penyakit bawaan air dan makanan.