
Batang Kali – Menyayat hati, mangsa ke 26 yang ditemukan pagi tadi berada dalam keadaan berpelukan dengan salah seekor bangkai anjing di sektor B
Mangsa kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama bangkai dua ekor anjing dipercayai miliknya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya percaya mangsa bersama 2 ekor anjingnya itu berkemah di sektor A (Hillview) sebelum ditolak tanah runtuh ke sektor B (farmview).
Hafisham turut memaklumkan mangsa ditemui pada kedalaman 1.5 meter tanah runtuh selepas pasukan SAR mengorek tiga meter tanah sebelum ini.
Tambah beliau lagi,mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.
Sementara itu, kalimah takbir ‘Allahu akbar!’ dalam laungan azan berkumandang sayu di tapak bencana tersebut pada pagi ini
Laungan azan tersebut dilaungkan oleh salah seorang anggota bomba dipercayai sebagai ikhtiar bagi ‘memudahkan’ operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang.