KULAI: Sebutir bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) jenis mortar berukuran 60 milimeter (mm) dimusnahkan di kawasan kebun kelapa sawit Peringkat 2,Blok 6, Felda Taib Andak, dekat Kulai, Johor pada Selasa.

Polis Johor dalam satu kenyataan berkata, operasi sekitar pukul 10.30 pagi itu dijalankan Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan diketuai oleh Asisten Superintendan Saifullah Jaya@Yahya.

Dalam kenyataan sama, Polis Johor berkata, bom terbabit pada mulanya ditemui oleh anggota ronda cegah jenayah yang sedang menjalankan rondaan di kawasan kebut sawit itu.

“Tindakan pemusnahan secara In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,” katanya.

Polis Johor turut menyeru orang ramai agar segera melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran, sekiranya menjumpai objek mencurigakan atau dipercayai bom untuk siasatan lanjut.

Orang ramai juga diingatkan untuk tidak mengusik, mengalih atau menggerakkan objek tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading